• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Showing posts with label Celoteh. Show all posts
Showing posts with label Celoteh. Show all posts

Pelancaran Nickname LensaDanFoto

4

Labels:


Salam semua pembaca LensaDanFoto...
2,3 hari lepas aku tertanya-tanya tentang penggunaan nickname untuk blog ni. Ape agaknya nickname nak letak untuk blog kesayangan ni eh??? Fikir punya fikir...aku terdetik untuk letak/bahasakan sebagai LDF je dalam penulisan/semasa blogwalking. LDF adalah singkatan untuk LensaDanFoto. Penat gak kalau nak tulis fullname blog tu...huhuhu..
Ok, mulai sekarang...kenali LensaDanFoto sebagai LDF ye. Tu je aku nak bagitau hari ni. TQVM semua.

-Dilancarkan oleh ieRa a.k.a admin LDF pada 2.50 pm | 22/1/2011-

Iklankan Blog Anda Secara Percuma!!! [CLOSED]

13

Labels:


Salam...
Setelah sekian lama tak update blog, hari ini aku berjaya jugak update, tukar layout dan tambah mana-mana yang patut untuk happeningkan blog ni...
Dengan berbesar hatinya, aku ingin offer 10 orang terawal untuk IKLANKAN BLOG korang SECARA PERCUMA @ LENSADANFOTO sehingga 31/12/2010...
Caranya???Tinggalkan komen di sini beserta link banner korang yang berukuran 125x125...

Opsss...sebelum terlupa...
Sempena dengan kemunculan kembali blog 'LENSA DAN FOTO' ni, aku ada menawarkan beberapa perkhidmatan dan produk-produk untuk dijual kepada umum...
Sila klik pada bahagian 'SERVICES' dan 'PRODUCTS' untuk mengetahui dengan lebih lanjut...
Kalau korang berminat, jangan lupa isikan ORDER FORM...aku akan respon secepat mungkin...
SEMEMANGNYA BERBALOI!!!

Sekian sahaja untuk hari ni...jumpa lagi pada entri akan datang...;)

Iera & Fotografi

16

Labels: ,

Bunga di SK Dusun Nanding

Down To Earth

Alep..ade macam anak Chef Wan tak??

Erm..actually, tak tau nak share ape untuk hari ni..currently mood 'GILER PHOTO'..hehe..walaupun niat untuk membeli SLR terpaksa ditangguhkan dulu, koleksi-koleksi pixy aku akan tetap bertambah dengan adanya camera kesayangan bernama 'Ixus 70'..banyak lagi yang telah diupload ke Flickr..leh la masuk sana..link ade dekat bahagian Catch Me On di Sidebar..

Jap lagi nak pegi Kajang..beli tiket bas adik aku..ni tengah tunggu die selesai mencuci keretaku..lalala..padan muke kene BULI..malasnye nak bergerak dari lappy cabuk ku ini..adeh..

Dah la..stakat tu je nak mengomel..layan pixy-pixy di atas wahai kawan-kawan..PEACE =)

Tamatlah sudah episod SBE

6

Labels: ,

Jumaat lepas genaplah 4 kali aku menjalankan SBE (school based experience) di sekolah..SBE kali ke-4 & terakhir ni aku buat dekat SK Dusun Nanding, Hulu Langat..tahun depan dah mula praktikum, tapi tak dapatlah buat dekat area rumah lagi..kene buat kat Terengganu la..ish..macam mane la nak berhadapan dengan budak-budak dekat sana eh?? Memang berbeza dengan ragam budak-budak di sebelah Pantai Barat & Utara Semenanjung..harap aku dapat jadi seorang guru yang mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitran yang berbeza ni..hehe..doakanlah..

SBE kali ni aku ditugaskan untuk melaksanakan aktiviti Muzik dan Pergerakan di Prasekolah..bersesuaianlah dengan major aku..PRASEKOLAH..hehe..alhamdulillah berjaya jugak merakam aksi-aksi budak-budak masa menyanyi & menari..letih jugak aku & kawan aku layan kerenah diorang tu..diorang tak penat-penat..nak menari je..tambahan pulak buat pergerakan 'Chicken Dance'..memang berjoget sakan la budak-budak tu..seronok tengok..tapi ade jugak yang degil..sakit tekak aku jerit..haha..lumrah cekgu la tu..

Kat sini, aku nak rakamkan berbanyak terima kasih dekat pihak pengurusan amnya & kepada Kak Su, Kak Fira (cekgu pra yang best), Kak Midah & Kak Syikin (PPM)..sebab bagi kerjasama yang tak terhingga dekat aku & kawan aku sepanjang seminggu kitorang kat sekolah tu..Ni lah sekolah paling best yang aku rasa sepanjang 4 kali SBE..semoga segala ilmu yang aku pelajari dapat di aplikasikan ketika Praktikum & mengajar kelak..INSYAALLAH..AMIN..

Nota Fotografi PERCUMA & Gambar Hiasan

4

Labels: ,

First, L.A.Y.A.N photo kt atas ni..hehe

2nd, setelah sekian lame xupdate blog akibat ke'bz'an yang melampau..saya tampil dengan nota-nota fotografi yang boleh korang download dan praktikkan..nota-nota ini adalah hasil perkongsian idea saudara Adhadi & Noorizam Sabran..kedua-duanya diambil dari Photoskool..kalau nak lebih ilmu, boleh terus ke sana!! macam-macam korang boleh dapat..klik je ape yang nak..SENANG KAN?? Kat sini ade 2 link nota-nota tu..boleh download..PERCUMA!!

Nota 1
Nota 2 (isi nama, emel & download)

3rd, jalan-jalanla kat Flickr & Facebook untuk tengok photo baru saya!!


Foto Baru, Cerita Baru

14

Labels: ,

Hari ni punye cerita..lepas kelas tadi terus balik rumah..edit HTML blog yang mana patut..dan inilah hasilnya..blog LENSA DAN FOTO yang baru..dengan background putih yang lebih menyegarkan..hehe..kalau anda minat theme ni, boleh google..namenye Smoky..tapi banyak jugak la kene edit sampai jadi camni..try & error..ITU PENTING!! Kalau nak request tutorial untuk wat pape macam blog ni, bagitau saya..saya akan cuba tunaikan permintaan anda..contoh : camna nak wat button dalam CATCH ME ON & sebagainya..boleh tinggalkan mesej di section KEDAI KOPI..

Aktiviti petang pulak, pergi ke Pantai Batu Rakit..satu-satunya pantai yang paling dekat dengan rumah..sempat jugak menembak photo..housemate pun baru beli digital camera..tu yang syok pegi menembak same-same..kat sini nak share 1 pic yang mengisahkan tentang kehidupan nelayan..walaupun tak sehebat photographer lain..ni yang termampu buat mase ni..gear yang mantap tak mampu untuk dibeli..sedih..


Photo di atas merupakan 1st photo yang di upload selepas tempoh pertapaan yang agak panjang..saya mesti belajar teknik shoot..HARI-HARI KENE PRAKTIS..iskk..banyak lagi photo-photo di Flickr..

Lepas entri ni, saya akan up balik topik-topik formal seperti asas fotografi, tutorial untuk bloggers & tutorial photoshop..INSYAALLAH..

Nota Kaki : Topik-topik formal akan diupdate secepat mungkin..tungguu...

I'm Back...Pertapaan Yang Best!!

16

Labels: ,

Hari ni dah masuk 16 hari tak post entri-entri formal..hehe..sori sebab lame sangat pergi bertapa..Selama tempoh pertapaan ni, banyak bende yang berlaku..dapat result exam sem lepas, sibuk beli keperluan untuk rumah sewa, aktif dalam forum-forum fotografi, belajar ilmu Photoshop & macam-macam lagi..

First skali nk citer pasal result..alhamdulillah result exam sem lepas meningkat..dapat PNG 3.78 berbanding sem sebelumnye PNG 3.72..sekarang PNGK 3.71..insyaallah sem ni akan ade peningkatan lagi (harapan menggunung tinggi..tapi pemalas..heee)

2nd, pasal umah sewa..minggu lepas memang bz pegi carik tilam, beli rak baju, peralatan-peralatan rumah & banyak lagi..Duit keluar macam air je..isk2..tak dapat nak menabung sangat la sem ni..sedih..SLR tunda dulu r..sedih lagi..tapi adatla first time dok umah sewa..macam-macam cabaran & dugaan..hadapi dengan senyuman..PASTI!!

3rd, pasal forum fotografi..seperti yang kita tau..memang banyak forum photog yang sediakan info-info yang superb..contoh macam Photoskool, Fotomedia, Fotografikr..memang tak habis sehari nak bace..dapat gak jumpe ngan otai-otai photog macam KuKuBeSi, Saifulnang & ramai lagi..teknik shoot & editing dorang tu yang wat saya tertarik..belajar pelan-pelan..insyaallah..macam orang kata..BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH..tul ke?? still wondering bile la nak pegi outing untuk shoot photog yang cun-cun..adoiyaii..sabar je la labu..(actually bukan tak shoot langsung, tapi rasenye macam tak best nak upload sini..heh)

4th, pasal photoshop..ni paling best kot..nak jadikan citer..1 hari tu pegi library dengan azam yang kuat nak study photoshop..bace punye bace..akhir skali pinjam 2 buah buku..1 english, 1 malay..kedua-dua buku tu dah abes bace..tp tak bape ingat step-step die sebab tak practise lagi..ade la test sket-sket..try design yang simple-simple..semangnye banyak tools dalam photoshop yang saya tak tau guna..cian tol la..rupenye senang je..slalu tengok artwork-artwork orang je..tapi kali ni, belajar wat sendiri..baru bertatih-tatih..PRACTISE MAKE PERFECT!! PERFECT DESIGNER..AMIN..

Minggu ni plak akan bz dengan persiapan untuk pegi Kem Terapi Emosi Kanak-kanak kat Merang..22-24 Julai..jadi AJK Cenderahati kali ni..tak wat persiapan ape pun lagi memandangkan Kem ni wat last minute..kertas kerja pun tak lulus lagi..adess..camne nak bertindak kan???

Nota kaki : Sekarang ade wat perhidmatan design logo..try tengok sini..PHOTOGCREATIVE..sebarang tempahan leh emel ke chessmily_gurl@yahoo.com / SMS 013-3228316..TQVM

Selamat Tinggal Hostelku!!!

3

Labels: ,


Hari ni hari last duduk hostel..pukul 5 nanti lori sampai untuk amek barang-barang saya & rakan-rakan untuk ke rumah sewa..janji dengan tuan rumah pukul 5.30..ni sempat lagi nak wat post terakhr dari bilik 3-9, Blok Siti Mariam, IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu..hehe..sedihnye rase nak tinggalkan katil kesayanganku itu..tempat beradu selama 3 tahun ni..ish2..moga-moga cabaran duduk di rumah sewa nanti dapat ditangani dengan jayanya..pray 4 me..insyaallah..

Sunrise dari floor


Pemberian rakanku


Nak pindah..tada...!! angkat barang..benda yang dibenci !!

Dah Balik Maktab

2

Labels:

Alhamdulillah..akhirnya Program Anak Angkat di Kg. Kasar, Setiu, Terengganu berjalan dengan lancar dan jayanya..sudah tentu 1001 kenangan manis terpahat dalam hati setiap peserta program ini..termasuklah saya..bercadang jugak untuk ke sana dalam waktu terdekat ni..harap ada kelapangan & rezki tu..insyaallah..terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga angkat saya, En. Mansor (abg angkat), Pn. Norhayati (kakak angkat) & anak-anak (Haiqal, Mia, Min, EG)..semoga dapat bertemu lagi nanti..=)

PERASAAN & MOOD TERKINI :

- Gembira : sbb dapat berjumpa dengan keluarga angkat & beramah mesra dengan penduduk kampung
- Sedih : sbb tingalkan keluarga angkat yang baru 3 hari kenal
- Syukur : sbb bertemu keluarga angkat & penduduk kampung yang amat baik
- Insaf : sbb menyelami keperitan hidup masyarakat di Kg. Kasar
- Letih tapi best : sbb buat macam-macam aktiviti yang mendapat sokongan & penglibatan penuh penduduk kampung

Nota Kaki : Gambar-gambar sekitar program anak angkat ini akan diupload pada esok hari akibat keletihan yang melampau..agak malas untuk meng'open' adobe photoshop malam-malam buta ni untuk edit gambar-gambar tu..

B.I.G Hingga 27 Jun

5

Labels:

Esok pukul 7.30 pagi saya & rakan-rakan akan menghadiri program B.I.G (Bina Insan Guru) di Kampung Kasa, Setiu, Terengganu..Program BIG kali ini adalah program anak angkat..terdapat 33 buah keluarga yang menanti kami di sana..setiap keluarga akan menerima 3 orang pelajar institut sendiri..saya & 2 orang lagi rakan akan menetap di rumah En. Mansor..penyerahan anak angkat akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di SK Alor Lik kalau tak silap..

Apa yang diharapkan di sini, kami dapat memberi sedikit khidmat bakti untuk meringankan beban keluarga, memberi sinar kegembiraan kepada mereka, dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain..

Antara aktiviti BIG yang akan dijalankan ialah seperti Bicara Pemimpin, Gotong-royong, Sukaneka dan Masa bersama keluarga angkat..

Melalui program sebegini, saya dan rakan-rakan sudah tentu dapat menyelami sendiri perasaan dan mengetahui cara hidup penduduk Kampung Kasa dengan lebih mendalam..sememangnya kehidupan mereka agak berbeza dengan apa yang saya dan rakan-rakan lalui sekarang..saya kesyukuran yang tidak terhingga perlulah dipanjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan-Nya yang tidak terhingga ini..

Semoga program BIG ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan penglibatan aktif para belia, pelajar institut dan penduduk Kampung Kasa..Insyaallah..

Tension Cari Rumah Sewa

13

Labels:

Salam semua..dah agak lama xupdate blog..biasalah..bz cari umah sewa..mimpi ngeri mase cuti haritu jadi kenyataan..akhirnya, batch sy memang kene keluar dari hostel memandangkan unjuran pelajar PISMP yang bakal mendaftar pada Julai ni meningkat sebanyak 145 orang (dari unjuran asal 200 orang kepada 345 orang)..memandangkan hostel yang agak terhad, pihak maktab mengarahkan batch sy tinggak di luar..asalnya, senior & super senior sy dh keluar sebelum cuti sem haritu..kami pulak baru je tahu lepas naik cuti ni..angin 1 badan jugak..tapi nak wat camne..nasib badan!!

Memang banyak dugaan bagi sy & rakan-rakan nak mencari umah sewa ni..macam-macam kerenah kami jumpe..kat Terengganu ni macam jiran-jiran pun xberapa ambil tahu tentang rumah jiran sebelah yang kosong tu..nak mintak contact no. pun susah..kalu di KL, ade je board kat gate yang tertulis rumah untuk di sewa..kat sini, xde langsung..hurm..ntahla..nak cari rumah yang proper pn susah memandangkan mase yang suntuk..nak kene keluar sebelum 12 Julai..Khamis ni pulak ade Program Anak Angkat kat Setiu (3 hari 2 malam)..so, kene settle kan rumah sewa awal-awal..dah 3 ari cari..tapi belum confirm & masih dalam perbincangan lagi..harap esok dapatla kata putus dari tuan rumah tu..nak jugak rumah yang elok-elok..nanti boleh la g Setiu dengan hati yang tenang..insyaAllah..takut nanti berebut dengan KPLI pulak..dorang pun dah daftar pagi tadi..baik pegi booking dulu..Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..AMIN..

RUMAH OH RUMAH...NASIB OH NASIB

Cuti Berakhir..Sedihnye..

9

Labels:

Cuti sem dah berakhir..

Malam ni bas pukul 9 ke Terengganu..

Malasnye..barang-barang xpacking lagi..

Sem baru ni macam-macam dugaan..

Harap-harap Allah permudahkan segala urusan..

Moga-moga dapat jadi guru yang berkualiti..insyaallah..

Seronok juga dapat jumpa kawan-kawan lama..TQ korang!!

Harap dapat menulis di lain masa..

Sungai Gabai, Hulu Langat

14

Labels: ,

Dah lame rasenye xberjumpa kawan-kawan lama..semalam calling-calling dorang & decide nak g Gabai..memandangkan dorang sume duduk area ni..so, dekat je la nak g..saya je la yang kene merantau ke area dorang..kitorang kenal sejak Form 1 lagi..sekarang masing-masing dah futher study, tu yang susah nak jumpa..ade yang kat Sarawak, Terengganu, Pahang..ni pun ade berapa kerat yang pegi..Yan, Min, Wani, Yana, Nana & Aku..yang len2 wat short-course & ade yang medic dah masuk kelas..actually gi sini sekadar untuk cuci-cuci mata & xbercadang pun nak mandi-manda..ape lagi, shoot la kejenye..best..walaupun penat memanjat tangga, tapi puas la dapat tengok view yang menarik..Subhanallah..Sungai Gabai ni ade 3 peringkat..paling bawah, tengah & atas..kitorang pegi bawah & tengah je..xlarat la nak panjat tangga..sume ade 330++ anak tangga kalu xsilap baru smpai ke puncak sungai tu..pengalaman kitorang semalam, mase on da way nak masuk Gabai, kete dihalang oleh puluhan ekor kambing, tu yang jadi lambat smpai ke lokasi..huhu..kambing tu xnk ketepi langsung..degil la tu..sian tengok tuan die..terjerit sorang-sorang..lepas puas jalan-jalan kitorang g makan ABC & rojak..sedap!! trip arini nak g PUTRAJAYA..mujur ade member yang dah pindah sana..leh la die jadi tourist guide kitorang..kekadang sesat gak kat Putrajaya tu..nak g Alamanda je yang tau nye..haha..harap-harap dapat shoot dekat masjid & jambatan Putrajaya tu..selalu tengok gmba kawan-kawan Flickr je..arini nak jugak shoot sendiri..doakan saya balik dengan GAMBA-GAMBA BEST!! hehe..

Air Terjun Sungai Gabai




*BOKEH TRIAL
*

Kulat di tepi-tepi kayu


Buah yang aku xkenal



*CLOSE UP TRIAL*

Ulat Bulu


K.A.M.I

Nota Kaki : Malasnye nak balik Ganu esok..nak jalan-jalan lagi..sebab baru je ade Myvi..xpuas-xpuas lagi..waaaa:(

Ronda-ronda Kuala Lumpur

21

Labels: ,

Semalam..pegi ronda-ronda KL ngan adik..actually, hala tuju utamanya hanya ke Lowyat je..nak beli external HDD..sebab yang lame tu dah penuh sangat..maklumlah 160GB je & hard core download movies..mase g Lowyat tu ade gak survey-survey Canon 450D..macam mahal jugak..sebab ade kawan beli kat Sunway Piramid RM2699 je ngan kit yang sama..ntahlah..saje je survey, duitnye belum ade lagi..licin sudah..ZERO..Myvi punya pasal..kenalah kumpul duit balik..adeh..sesambil ronda-ronda tu sempat jugak la snap gmba sket untuk tatapan pengunjung blog ni..LAYANNN..

Pemandangan di Times Square



Stesen LRT Hang Tuah | 1ST TRIAL LOW SHUTTER SPEED


On da way to LRT Hang Tuah dari Puduraya



Plaza Lowyat & External HDD yang dibeli



Nota Kaki : Sesape yang dah lame tak menjejakkan kaki kat KL tu leh la mengimbau sejarah silam anda..hehehe..lagi 1, kalau korang tau katne tempat best untuk beli DSLR, gtau eh..TQVM..

Banner Dah Siap - Jom Tukar Link!!

15

Labels:

At last, banner blog Lensa dan Foto siap jugak..banner ni sangat simple memandangkan kesuntukan waktu yang dialami minggu ni..arghh!!!

Pada sesiapa yang belum link blog ni / dah link tapi xupload banner lagi, harap anda dapatlah copy code & letakkan pada blog anda (sebagai tanda SETIAKAWAN..hehe)

Code banner ada di sidebar sebelah kanan ada..scroll sket ke bawah..

Inilah rupa banner yang xseberapa tu..
Pasni nak siap-siap pegi rumah maklong..spupu ku kawin jugak akhirnya..Alhamdulillah..


My New Ride - Myvi

7

Labels:

Thanks abah & mak..(gamba kemudian..he3)

Ade kete sendiri leh la shoot foto-foto yang best..minggu ni xsempat nk g shoot lagi coz spupu kawin..INSYAALLAH minggu depn ade kesempatan kot..harap sangat sebelum balik ganu Jumaat nih..Tapi balik nanti xbawak kete g..kalau lepas ni xduduk hostel, baru bawak..bajet nk bawak awal tahun sebab nak guna untuk praktikal..tetibe dengar desas-desus suh kua hostel lak..tu yang bertukar planning tu..papehal balik ganu dulu kasi confirm macam mane..=)

Tiada Foto Untuk Hari Ini

2

Labels:

Maaf..tiada foto untuk dipaparkan pada hari ini..xsempat nk upload sbb bz sgt blaja photoshop..hehe..beginner lagi dlm bab ni..biasalah kan..so, nk mendalami ilmu sket..actually, byk bende yang telah dipelajari dari rakan-rakan di Flickr...especially ustaz annamir & firabib..thanks 4 giving me some input on how to master the skills in photography & editing images..harap kesemua input yang berguna itu berkekalan dalam ingatanku dan bertambah baik dari hari ke hari..insyaallah esk aku akn mule blogging semula dengan pixy2 baru..
SELAMAT BERFOTOGRAFI UNTUK SEMUA..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...