• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Home » » B.I.G Hingga 27 Jun

B.I.G Hingga 27 Jun

5

Labels:

Esok pukul 7.30 pagi saya & rakan-rakan akan menghadiri program B.I.G (Bina Insan Guru) di Kampung Kasa, Setiu, Terengganu..Program BIG kali ini adalah program anak angkat..terdapat 33 buah keluarga yang menanti kami di sana..setiap keluarga akan menerima 3 orang pelajar institut sendiri..saya & 2 orang lagi rakan akan menetap di rumah En. Mansor..penyerahan anak angkat akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di SK Alor Lik kalau tak silap..

Apa yang diharapkan di sini, kami dapat memberi sedikit khidmat bakti untuk meringankan beban keluarga, memberi sinar kegembiraan kepada mereka, dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain..

Antara aktiviti BIG yang akan dijalankan ialah seperti Bicara Pemimpin, Gotong-royong, Sukaneka dan Masa bersama keluarga angkat..

Melalui program sebegini, saya dan rakan-rakan sudah tentu dapat menyelami sendiri perasaan dan mengetahui cara hidup penduduk Kampung Kasa dengan lebih mendalam..sememangnya kehidupan mereka agak berbeza dengan apa yang saya dan rakan-rakan lalui sekarang..saya kesyukuran yang tidak terhingga perlulah dipanjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan-Nya yang tidak terhingga ini..

Semoga program BIG ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan penglibatan aktif para belia, pelajar institut dan penduduk Kampung Kasa..Insyaallah..

Comments (5)

semoga semuanya berjalan lancar dan berjaya,

kau pelajar PISMP sem bape..
n maktab mane?

bagus2.nnti dtg kampung sy plak ye,boleh la tolong sapu sampah kat halaman umah..keh3

same soklan ngan faiq tu..
hehehe..

ermm.. awal tol wat BIG.. br seminggu masuk maktab..

fly - ok..dah selamat pun cekgu,,

faiq - PISMP Sem4, IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu..

Wan - hehe..kg ktne tu?

Peq - biase..awl2 ni xde keje lagi..leh la wat BIG

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...