• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Nota Fotografi PERCUMA & Gambar Hiasan

7

Labels: ,

First, L.A.Y.A.N photo kt atas ni..hehe

2nd, setelah sekian lame xupdate blog akibat ke'bz'an yang melampau..saya tampil dengan nota-nota fotografi yang boleh korang download dan praktikkan..nota-nota ini adalah hasil perkongsian idea saudara Adhadi & Noorizam Sabran..kedua-duanya diambil dari Photoskool..kalau nak lebih ilmu, boleh terus ke sana!! macam-macam korang boleh dapat..klik je ape yang nak..SENANG KAN?? Kat sini ade 2 link nota-nota tu..boleh download..PERCUMA!!

Nota 1
Nota 2 (isi nama, emel & download)

3rd, jalan-jalanla kat Flickr & Facebook untuk tengok photo baru saya!!


Mau Beli Kamera Apa??

10

Labels:

SUMBER ASAL : Dr.Faisal

Soalan ini kerap ditanya oleh mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia fotografi.

Jawapannya bukanlah semudah atau sesukar yang disangkakan. Jika kita bertanyakan orang, mereka akan mengatakan:
  • Kamera atau jenis kamera yang mereka miliki atau ingin memiliki adalah kamera yang terbaik. Ini disebabkan oleh sifat manusia itu sendiri yang cuba untuk menyedapkan hati sendiri dengan apa yang telah di belanjakan atau
  • kerana teracun oleh iklan dan promosi yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kamera atau.
  • Tokei kedai yang cuba menjual jenama yang mana mereka akan mendapat lebih komisyen dari agent atau pengedar.

Oleh itu, bagaimanakah seseorang individu itu hendak membuat pilihan? Untuk membuat pilihan tentang jenama atau jenis kamera yang ingin dimikli, setiap individu harus menyoal diri sendiri beberapa soalan asas yang penting sebelum mencapai keputusan. Soalan-soalan asas adalah seperti berikut, tidak kira samada film atau pun digital SLR:

Soalan #1: Sejauh manakah penggunaan kamera ini? Adakah

  • (a) saya hanya membeli sebuah kamera untuk merakamkan imej ahli-ahli keluarga seperti anak, cucu, datuk nenek dan sebagainya dan juga imej percutian keluarga hanya untuk kenangan ATAU
  • (b) saya suka mengambil gambar sekadar hobi sahaja tapi nak gambar kaw-kaw; ATAU
  • (c) saya ingin menjelajah lebih jauh didalam dunia fotografi dan mungkin mejadikan fotografi ini salah satu daripada sumber rezeki dimasa akan datang.

Jika saya berada didalam kategori (a), mudah! klik sini. Kalau saya rasa saya ni berada didalam kategori (b), agak mudah juga! sila klik sini. Akan tetapi, jika saya berada didalam kategori (c) macam mana? Ini ada berat sikit, lagilah penting untuk membuat pilihan yang tepat, sila klik sini.

Soalan #2: Gambar yang macam mana yang saya nak ambil?

Jika kita dah jawab soalan #1 dan dah sure tentang kategori mana kita nak duduk, tanya pulak, gambar jenis apa yang kita minat sangat nak ambil? Ini penting sebab, ia akan mempengaruhi system yang bakal dipilih. Terdapat juga segolongan dari mereka yang membeli lensa, tapi amat kurang menggunanya sebab, minat mereka tidak memerlukan lensa tersebut. Jadi dudoklah lensa atau kamera tersebut didalam peti simpanan. Rugi!!!

Apa-apa bidang dalam dunia fotografi ini, untuk pengguna kamera digital (DSLR), hanya dua perkara sahaja yang kita kena peka. Iaitu [1] Kemampuan kamera seperti megapixel-nya (MP) dan [2] Lensa yang bakal digunakan. Oleh kerana megapixel dizaman ini sudah boleh melebihi 10MP, perkara [1] sudah tidak menjadi isu yang besar sangat. Bagi pengguna DSLR dalam kategori (b) diatas, apa-apa yang lebih dari 6MP sudah dikirakan baik. Cuma kalau nak lagi jelas, carilah yang pixel-nya melebihi 10MP, tapi kena sunggup keluar duit lah....

Banyak juga kita dengar orang bercerita tentang betapa bagusnya jenama Canon, Nikon, Olympus, Pentax dan sebgainya. Kita juga kerap membaca diskui-diskusi tentang spesifikasi yang mana lebih baik dari satu antara yang lain. Walaupun ada kebaikan dari segi pengetahuan, kadang-kala ini sebenarnya kurang membuahkan hasil! Yang dok bercerita lebih-lebih tu pun bukannya pakai kamera yang mereka sebut-sebutkan tu....

Ini membawa kita kepada isu [2], iaitu pemilihan lensa. Tak guna kalau kita beli kamera semi-pro atau pro-level, tapi dok pakai lensa jenama third-party seperti Tamron, Tokina, Sigma dan lain-lain. Bukannya tak bagus, lensa jenama ini bagus dan saya pun ada guna lensa-lensa seperti ini; tapi janganlah kita terikut-ikut dengan pemilihan badan kamera sahaja yang beribu-ribu ringgit tapi kurang peka dengan penggunaan lensa. Padahal, lensa memainkan peranan yang sangat penting dalam kualiti sesuatu gambar. Jadi kita harus imbangkan perbelanjaan badan dan juga lensa. Ini berbalik kepada jenis gambar apa yang kita suka sangat nak ambil. Adakah saya suka sangat nak ambil gambar aktiviti sukan (SPORTS) atau kehidupan liar(WILDLIFE), ambil gambar pemandangan,lanskap(LANDSCAPE),atau mengambil gambar potret. (PORTRAITURE)?

Soalan #3: Berapakah wang yang kita sanggup keluarkan?

Inilah soalan cepu-mas bagi hari ini. Soalan ini kerap ditanya oleh rakan-rakan yang kita bertanya ataupun towkey kedai, Berapa budget...? Harus diingatkan, apa-apa pun kategori kita (a),(b) atau (c) semuanya memerlukan wang. Walaupun sebagai hobi, segala apa hobi pun memerlukan perbelanjaan. Bagi mereka yang suka memancing pun ada joran atau sistem jorannya menjangkau ribuan ringgit! Jadi harus kita ingat yang kita kena buat persediaan untuk belanjawan; bukan sahaja dari pembelian kamera, tapi juga dari segi lensa, filem, kos prosess filem, printing, komputer, perisian komputer, hardisk, backup DVD dan sebagainya. Kalau kita menggunakan kamera yang megapixelnya tinggi, storage space di hardisk pun kena besar, memory komputer pun kena tinggi kalau tidak, komputer lembap! Oleh itu, bersedialah untuk membuat bajet, tapi jangan berbelanja melebihi apa yang mampu. Jangan sebab orang kata yang itu elok, kita beli, yang ini elok kita pun beli, padahal orang yang dok kempen tu pun tak beli... heheheh

Sebagai kesimpulannya atau moral of the story,

  • ketahuilah dahulu selera kita dalam dunia fotografi ini,
  • buat kajian mengenai system kamera yang boleh memenuhi citrarasa sendiri. Banyak ruangan internet yang boleh kita cari. Rajin-rajinlah mencari. Disebabkan banyak laman web menggunakan English, kita terpaksalah rajin bertanya pada rakan-rakan kita yang jujur tentang apa yang diperkatakan dalam English tu. Dari situ, kita dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang sistem manakah yang boleh menampung perkembangan minat kita. Bukan semua pengeluar ada membuat lensa seperti 600mm yang saya ceritakan dalam bab wildlife tu. Dari situ, kita akan dapat ilham sedikit...
  • Buat perbandingan dari segi spesifikasi dan juga kosnya mengikut kemampuan sendiri. Tak guna nak banding dengan benda-benda yang menggunung kalau bajet kita busut pun tak nampak..hehehehe. Berbelanjalah mengikut arah tuju yang ingin kita capai. Bak pepatah melayu, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
  • Pergi kedai dengan kawan dan mintak cuba model-model yang telah diperbandingkan tadi. Saya sebut ajak kawan, sebab kadang-kadang kedai kat Malaya ni pelik sikit! Nak cuba-cuba ni kadang-kadang dia orang tak layan. Jadi ajak kawan yang biasa dengan towkei kedai tu, senang kita nak mintak demo dan senang juga nak tawar menawar. Tengok dan rasa model mana yang sesuai atau serasi dengan tangan kita. Bak kata orang putih, "feeel the camera..."
  • Akhir sekali, apa-apa jenama kamera pun bagus, tetapi pilih mengikut bidang apa yang diminati, belilah sesuatu system yang menepati citrarasa dan fokus-kan usaha untuk mendapatkan imej yang dikehendaki menggunakan setting asas yang betul, juga teknik dan lensa yang sesuai.

Download Adobe Photoshop CS4!!

4

Labels:

Untuk edit photo-photo yang di shoot, kita memerlukan software Adobe Photoshop..ni nak share untuk yang letest version punye..kalau tak nak download pun, boleh je beli CD..hehe..ade guide & tutorial sekali..try la..SHARING IS CARING!!

[..Link Mediafire..]
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16

Adobe Photoshop CS4 Guide

[..Link Rapidshare..]
Link


Adobe Photoshop CS4 Tutorials

[..Link Rapidshare..]
Part 1
Part 2


Nota Kaki : Petang tadi pegi outing ke TAMAN TAMADUN ISLAM..ade jugak buah tangan untuk blog..esok akan up kat sini..tq



Foto Baru, Cerita Baru

14

Labels: ,

Hari ni punye cerita..lepas kelas tadi terus balik rumah..edit HTML blog yang mana patut..dan inilah hasilnya..blog LENSA DAN FOTO yang baru..dengan background putih yang lebih menyegarkan..hehe..kalau anda minat theme ni, boleh google..namenye Smoky..tapi banyak jugak la kene edit sampai jadi camni..try & error..ITU PENTING!! Kalau nak request tutorial untuk wat pape macam blog ni, bagitau saya..saya akan cuba tunaikan permintaan anda..contoh : camna nak wat button dalam CATCH ME ON & sebagainya..boleh tinggalkan mesej di section KEDAI KOPI..

Aktiviti petang pulak, pergi ke Pantai Batu Rakit..satu-satunya pantai yang paling dekat dengan rumah..sempat jugak menembak photo..housemate pun baru beli digital camera..tu yang syok pegi menembak same-same..kat sini nak share 1 pic yang mengisahkan tentang kehidupan nelayan..walaupun tak sehebat photographer lain..ni yang termampu buat mase ni..gear yang mantap tak mampu untuk dibeli..sedih..


Photo di atas merupakan 1st photo yang di upload selepas tempoh pertapaan yang agak panjang..saya mesti belajar teknik shoot..HARI-HARI KENE PRAKTIS..iskk..banyak lagi photo-photo di Flickr..

Lepas entri ni, saya akan up balik topik-topik formal seperti asas fotografi, tutorial untuk bloggers & tutorial photoshop..INSYAALLAH..

Nota Kaki : Topik-topik formal akan diupdate secepat mungkin..tungguu...

I'm Back...Pertapaan Yang Best!!

16

Labels: ,

Hari ni dah masuk 16 hari tak post entri-entri formal..hehe..sori sebab lame sangat pergi bertapa..Selama tempoh pertapaan ni, banyak bende yang berlaku..dapat result exam sem lepas, sibuk beli keperluan untuk rumah sewa, aktif dalam forum-forum fotografi, belajar ilmu Photoshop & macam-macam lagi..

First skali nk citer pasal result..alhamdulillah result exam sem lepas meningkat..dapat PNG 3.78 berbanding sem sebelumnye PNG 3.72..sekarang PNGK 3.71..insyaallah sem ni akan ade peningkatan lagi (harapan menggunung tinggi..tapi pemalas..heee)

2nd, pasal umah sewa..minggu lepas memang bz pegi carik tilam, beli rak baju, peralatan-peralatan rumah & banyak lagi..Duit keluar macam air je..isk2..tak dapat nak menabung sangat la sem ni..sedih..SLR tunda dulu r..sedih lagi..tapi adatla first time dok umah sewa..macam-macam cabaran & dugaan..hadapi dengan senyuman..PASTI!!

3rd, pasal forum fotografi..seperti yang kita tau..memang banyak forum photog yang sediakan info-info yang superb..contoh macam Photoskool, Fotomedia, Fotografikr..memang tak habis sehari nak bace..dapat gak jumpe ngan otai-otai photog macam KuKuBeSi, Saifulnang & ramai lagi..teknik shoot & editing dorang tu yang wat saya tertarik..belajar pelan-pelan..insyaallah..macam orang kata..BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH..tul ke?? still wondering bile la nak pegi outing untuk shoot photog yang cun-cun..adoiyaii..sabar je la labu..(actually bukan tak shoot langsung, tapi rasenye macam tak best nak upload sini..heh)

4th, pasal photoshop..ni paling best kot..nak jadikan citer..1 hari tu pegi library dengan azam yang kuat nak study photoshop..bace punye bace..akhir skali pinjam 2 buah buku..1 english, 1 malay..kedua-dua buku tu dah abes bace..tp tak bape ingat step-step die sebab tak practise lagi..ade la test sket-sket..try design yang simple-simple..semangnye banyak tools dalam photoshop yang saya tak tau guna..cian tol la..rupenye senang je..slalu tengok artwork-artwork orang je..tapi kali ni, belajar wat sendiri..baru bertatih-tatih..PRACTISE MAKE PERFECT!! PERFECT DESIGNER..AMIN..

Minggu ni plak akan bz dengan persiapan untuk pegi Kem Terapi Emosi Kanak-kanak kat Merang..22-24 Julai..jadi AJK Cenderahati kali ni..tak wat persiapan ape pun lagi memandangkan Kem ni wat last minute..kertas kerja pun tak lulus lagi..adess..camne nak bertindak kan???

Nota kaki : Sekarang ade wat perhidmatan design logo..try tengok sini..PHOTOGCREATIVE..sebarang tempahan leh emel ke chessmily_gurl@yahoo.com / SMS 013-3228316..TQVM

Selamat Tinggal Hostelku!!!

4

Labels: ,


Hari ni hari last duduk hostel..pukul 5 nanti lori sampai untuk amek barang-barang saya & rakan-rakan untuk ke rumah sewa..janji dengan tuan rumah pukul 5.30..ni sempat lagi nak wat post terakhr dari bilik 3-9, Blok Siti Mariam, IPGM Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu..hehe..sedihnye rase nak tinggalkan katil kesayanganku itu..tempat beradu selama 3 tahun ni..ish2..moga-moga cabaran duduk di rumah sewa nanti dapat ditangani dengan jayanya..pray 4 me..insyaallah..

Sunrise dari floor


Pemberian rakanku


Nak pindah..tada...!! angkat barang..benda yang dibenci !!

5 Tip Photo Composition Yang Baik

12

Labels:

Sumber asal : Halen Bradley

Often, the difference between a good photograph and a great one is how you compose the image in the camera's viewfinder. Here are five ways to instantly improve the composition of your photos.


1. Apply the Rule of Thirds
Apply the Rule of Thirds for a more interesting composition. Imagine a grid drawn over the image. Position the focal point of your photo at the point where two lines intersect--anywhere but the middle.

2. Use lines to lead the viewer into the photo

Lead your viewer into the image. Use lines to lead the viewer's eye into the photograph. These can be fence lines, rows of light posts, stairs or a roadway leading into the scene.

3.Explore unique angles

Find a way to position your subject from a different angle than just straight ahead. Capture a portrait in a car mirror or a city streetscape reflected in a puddle of water or a shop window.

4. Get in close to the subject

Your subject is usually more important than the background, so move in closer. Use the camera's Macro feature (usually represented by a flower icon on a digital camera) so the subject remains in focus.

5. Get down low for children and animals

Get down low. When photographing children, small animals or even flowers, get down to their level so you look at them and not down on them.

Pelajari juga tentang :
- APERTURE
- ISO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...