• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Home » » Apa Itu Shutter Speed??

Apa Itu Shutter Speed??

13

Labels:

Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut.

Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlet, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

Namun berhati hati ketika memilih shutter speed ini. Jika kelajuan shutter yang anda guna terlalu rendah, gambar anda akan menjadi blur. Ini kerana berlaku gegaran semasa anda mengambil gambar. Setegap mana pun anda, gegaran tetap akan ada. Lebih lebih lagi bila anda menggunakan shutter yang terlampau rendah seperti 1/10.

Standard yang dipersetujui untuk shutter speed adalah:

1/8000 s
1/4000 s
1/2000 s
1/1000 s
1/500 s
1/250 s
1/125 s
1/60 s
1/30 s
1/15 s
1/8 s
1/4 s
1/2 s
1 s
B (for bulb) — akan membuka shutter selagi anda menekan butang ambik gambar tu.

CONTOH GAMBAR

Slow Shutter Speed



Fast Shutter Speed



CREDIT TO :
http://rahsiafotografi.blogspot.com/2006/07/apa-itu-shutter-speed.html
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=63376
http://digital-photography-school.com/shutter-speed

Comments (13)

woh hebat!

tq lampu neon..teruskan ziarah..tq

ilmu yang bergune..
keep it up...

lpas ni mesti pasal aperture lak... hehehe

igt nk wat aperture gak...hehe..cam tau2 je

da bpe kali try x jadik jugak sob3x T_T

xpe...try g..usha tangga kejayaan..

bgus!!! ILMU DH BYK NIE... BILE NK PRAKTIK? MGU NI SY ADER D MASJID PUCHONG.. MOH LER...

mgu ni spupu kawin ler..xleh kua..lgpn DSLR lom ready...haha

wow..cool...

Huh..akak mmg lemah tul ngan shutter speed ni. Yg biasa2 tu ok..tp bila nak tiba2 kena ubah situasi..mula ngelabah dah! hehe..

cintamanisz - sy pn baru blaja..camera pn bese2 je..

Salam kenal..maybe perlu pembetulan ataupun tambahan pada bahagian "Standard yang dipersetujui untuk shutter speed adalah". Ini bukanlah standard tetapi Shutter speed yang ditetapkan oleh kamera. Ia dibaca 1-stop untuk setiap shutter speed ke shutter speed lain. Yang paling penting untuk diketahui apabila bermain dengan speed adalah, berapakan nilai focal length LENS anda. Pakar mensarankan standard untuk penggunaan shutter minima yang sesuai untuk sesuatu lens adalah berdasarkan focal yang digunakan untuk mengambil gambar. Contoh, kalau focal yang digunakan semasa mengambil gambar ialah 50mm, shutter speed mestilah minima 1/60s. Jika lens IS ( Image Stabiliser ) boleh menggunakan shutter 2 stop ke bawah lagi. Standard ini dikira berdasarkan kekuatan tangan apabila memegang kamera. Harap membantu..

scharewl - tq..memang membantu..tu pun copy je kt web mn ntah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...