Sunday, January 2, 2011
1/02/2011
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Contest
Salam semua...
Saje nak umumkan 1 berita yang mengejutkan pagi tadi...aku memang contest yang dianjurkan oleh
blog Fatehah yang aku join Jumaat lalu. Contest sambung slogan je dengan hadiah topup RM10. Walaupun ianya tidaklah lumayan, tapi kita mesti ada niat untuk cuba nasibkan...hehehe...alhamdulillah. TQVM Fatehah!!! Kalau ade contest lagi, aku akan join.
So, atas kemenangan tu, aku pun akan anjurkan 1 contest untuk para blogger yang melawat LensaDanFoto tak lama lagi. Harap para blogger semua dapat memeriahkan contest tersebut. Hadiah??? Tunggu.....
Link : http://nurf1907.blogspot.com/2011/01/pemenang-contest-aku-kena-menang-sebab.html
Thursday, December 30, 2010
12/30/2010
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Khairul Fahmi
,
Sukan
Salam semua...
Entri ringkas ini ditujukan khas buat pemain bola sepak Harimau Malaya atas kejayaan mereka menggondol Piala AFF Suzuki musim ini.Sememangnya aksi mantap ditunjukkan sejak awal permainan lagi dengan gandingan permain-pemain berbakat besar seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Syariq Rahim dan ramai lagi. Mungkin dengan kemenangan ini skuad Bola Sepak kita akan lebih digeruni di mata dunia dengan adanya jurulatih yang berkaliber tinggi iaitu K.Rajagopal. TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada jurulatih, pengurus pasukan, pemain-pemain dan mereka-mereka yang terlibat sama dalam skuad Harimau Malaya ini. Berita kejuaraan ini sememangnya akan menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia untuk beberapa hari ini. PM kita juga dengan berbesar hatinya telah mengumumkan cuti umum bagi semua rakyat Malaysia pada Jumaat (31 Disember 2010). Semoga dengan adanya penghargaan sebegini, rakyat Malaysia akan terus menyokong pasukan Bola Sepak dengan semangat 1 Malaysia ini. Insyalllah...
TAHNIAH DAN SYABAH KEPADA SKUAD NEGARA...I'M PROUD TO BE MALAYSIAN...
Saturday, December 25, 2010
12/25/2010
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Blogger Tips
,
Nuffnang
Salam semua...
Malam ni aku banyak baca tentang NUFFNANG & kat sini aku ada sediakan 7 tips mudah untuk buat duit dengan NUFFNANG ni...
APA ITU NUFFNANG??
Mungkin ada para Blogger yang masih belum mengetaui tentangnya...
Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.
Pelantar dalam taliannya membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.
Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.
Pasukan-pasukan di setiap pejabat NUFFNANG giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para bloggernya. Di antara para pengiklan mereka ialah Citibank, Nokia, Sony, Proctor & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi.
Selain pengiklanan berasaskan blog, NUFFNANG juga membina reputasi dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.
Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain. Untuk senarai lanjut, sila rujuk di sini.
7 TIPS BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG
1. Letakkan iklan Nuffnang pada bahagian ATAS blog anda. Ianya sekaligus akan berfungsi sebagai 'penyambut tetamu' di blog anda itu. Pengnjung-pengunjung juga akan klik-klik iklan tersebut.
2. Jadilah ahli 'GLITTERATI' NUFFNANG. Pelbagai kelebihan boleh diperolehi melalui keahlian ini.
3. Iklan NUFFNANG dapat memberikan impak yang besar jika diletakkan pada blog web yang mempunyai keyword atau isu hangat seperti 'gosip-gosip artis Malaysia'.
4. Jadikan blog anda mesra SEO untuk mendapatkan lebih trafik.
5. Letakkan iklan NUFFNANG ditempat yang betul. Pilihan tempat adalah seperti di bawah. Lebih cantik lagi letak pada bahagian ATAS dan bahagian TENGAH antara entri anda.
6. Hantarkan entri-entri anda pada INNIT. Ianya juga boleh membantu anda meningkatkan trafik blog.
7. Gunakan iklan CPM.
Friday, December 24, 2010
12/24/2010
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Produk
,
Software
Salam semua..
LensaDanFoto ada menawarkan 2 jenis DVD tutorial Photoshop untuk pengunjung blog ini..Harga berpatutan menanti anda dengan pulangan ilmu yang sangat berguna..SAYA JAMIN!! Saya dah cuba membuat editing berpandukan video tutorial ini..MEMANG MUDAH & BERKESAN!! ANDA MESTI DAPATKANNYA HARI INI UNTUK MEMANTAPKAN SKILL PHOTOSHOP ANDA..
JENIS 1 : MARK'S 101 AWESOME PHOTOTIPS IN PHOTOSHOP
 | This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x674. |
HTML Based Video
Run with Quicktime Player @ any video player
Software & user guide disediakan dalam DVD ini
HARGA : RM13 RM10 termasuk pos
KUANTITI : 1 DVD (dengan 101 Video Tutorial Photoshop CS)
----------------------------------------------------------------------------------
JENIS 2 : PHOTOSHOP TOP SECRET
HTML Based Video
All DVD's in .iso format
Run with Daemon Tools
Software & user guide semuanya ada dalam DVD 1
HARGA : RM33 RM28 termasuk pos
KUANTITI : 4 DVD (dengan HTML video tutorial)
----------------------------------------------------------------------------------
BERMINAT??? Caranya :
PM / SMS 013-3228316 (iera)
**Bagi anda yang ingin mempromosikan tutorial ini, komisyen menanti anda...