Saturday, January 29, 2011
1/29/2011
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Innit
,
Nuffnang
,
Trafik blog
Salam 1 Malaysia kepada pembaca LensaDanFoto!
Dikesempatan sebelum praktikum ni, LDF nak post 1 entri tentang Innit Nuffnang. LDF jugak terpanggil nak dapatkan komen anda semua tentang keberkesanan penggunaan Innit ni untuk jana trafik blog. Bagi LDF, Innit ni memang berkesan untuk jana trafik.
Macam mana LDF buat?
Setiap kali LDF update blog, LDF akan submit entri kat
Innit. Bagi blogger yang yang belum ade akaun, boleh daftar dulu. Betul tak rugi! Memang akan ada backlinks hasil penggunaan Innit ni. LDF dah cuba! Bagi blogger yang aktif, mesti lagi banyak backlinks yang korang dapat kan. Jom kite kongsi pengalaman tentang penggunaan Innit bersama LDF.
Kat sini, LDF nak kongsi hasil backlinks yang LDF dapat sepanjang minggu lepas, takde la banyak pun. Tapi memang berkesan.
Tengok! Innit menjadi penyumbang kedua tertinggi untuk tingkatkan trafik di LDF.
Bagi newbie macam LDF ni, LDF sarankan agar anda join Innit dan submit entri anda kat sini. Hope backlinks yang anda dapat berbaloi untuk tingkatkan trafik blog.
SELAMAT MENCUBA!
-SHARING IS CARING-
Friday, January 21, 2011
1/21/2011
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Nuffnang
,
Ping
,
Trafik blog
Salam 1 Malaysia kepada pembaca LensaDanFoto!
Hari ni izinkan aku bercerita sikit tentang kisah trafik blog aku yang tak seberapa ni. Selepas hampir sebulan setengah berblogging, aku nampak blog ni semakin dikenali & jumlah purata pengunjung dalam seminggu adalah sekitar 180-200 orang. Ni mengikut statistik dari
Nuffnang dan
Histats. Wah! Ini memang 1 peningkatan yang cukup memberangsangkan. So, aku akan lebih bersemangat untuk berblogging. Setakat ni, Nuffnang earning baru RM1.50. Bagi aku, kesabaran memang penting untuk meningkatkan trafik blog ni.
Alhamdulillah...dengan hasil pembacaan dari blogwalking aku yang tak secerapa, trafik blog LensaDanFoto dilihat semakin meningkat. Walaupun peningkatannya tidaklah luar biasa, tapi aku sememangnya gembira dengan kejayaan teknik yang digunakan untuk promote blog ni. Sememangnya, kebanyakkan blogger profesional dah tahu tentang cara meningkatkan trafik blog, tapi aku terpanggil untuk share info ni untuk tatapan para newbie di luar sana. Aku pun still study bab-bab trafik ni lagi sekarang sementara tak barapa busy dengan study dan final project. Sebelum tu, aku nak bagi kredit dan TQVM kepada blogger-blogger yang sudi berkongsi tips berguna dengan aku untuk meningkatkan trafik ni seperti
Sudubesi dan
En. Remedy.
Ok, terdapat beberapa teknik yang aku gunakan dalam usaha untuk meningkatkan trafik LensaDanFoto seperti :
1. Blogwalking
- Gunakan teknik
'Remedy Direct Source'
- Blogwalking secara manual ke blog blogger yang difollow & yang singgah kat blog
2. Ping
- Biasanya aku ping blog menggunakan
Gengblogger,
Blogged,
Imcurtain,
PingMyBlog,
Pingler
- Ping sehari sekali pun dah memadai
3. Submit blog ke Innit Nuffnang
- Setiap kali update, mesti submit & ping kat situ
-
Link Innit
4. Tinggalkan jejak, follow dan komen blog blogger lain
- Salah 1 cara untuk dapatkan backlink ke blog kita
5. Update blog
- Sekurang-kurangnya sehari sekali
6. Beli UV (pada newbie boleh cuba)
- Boleh beli dari
Alfastore
Setakat ni dulu yang aku nak kongsikan. Harap blogger-blogger otai sudi tambah dan kongsi tips2 lain untuk meningkatkan trafik ni. Terima kasih.
SHARING IS CARING!
Saturday, December 25, 2010
12/25/2010
Posted by
♥ ieRa ♥
Labels:
Blogger Tips
,
Nuffnang
Salam semua...
Malam ni aku banyak baca tentang NUFFNANG & kat sini aku ada sediakan 7 tips mudah untuk buat duit dengan NUFFNANG ni...
APA ITU NUFFNANG??
Mungkin ada para Blogger yang masih belum mengetaui tentangnya...
Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.
Pelantar dalam taliannya membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.
Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.
Pasukan-pasukan di setiap pejabat NUFFNANG giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para bloggernya. Di antara para pengiklan mereka ialah Citibank, Nokia, Sony, Proctor & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi.
Selain pengiklanan berasaskan blog, NUFFNANG juga membina reputasi dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.
Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain. Untuk senarai lanjut, sila rujuk di sini.
7 TIPS BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG
1. Letakkan iklan Nuffnang pada bahagian ATAS blog anda. Ianya sekaligus akan berfungsi sebagai 'penyambut tetamu' di blog anda itu. Pengnjung-pengunjung juga akan klik-klik iklan tersebut.
2. Jadilah ahli 'GLITTERATI' NUFFNANG. Pelbagai kelebihan boleh diperolehi melalui keahlian ini.
3. Iklan NUFFNANG dapat memberikan impak yang besar jika diletakkan pada blog web yang mempunyai keyword atau isu hangat seperti 'gosip-gosip artis Malaysia'.
4. Jadikan blog anda mesra SEO untuk mendapatkan lebih trafik.
5. Letakkan iklan NUFFNANG ditempat yang betul. Pilihan tempat adalah seperti di bawah. Lebih cantik lagi letak pada bahagian ATAS dan bahagian TENGAH antara entri anda.
6. Hantarkan entri-entri anda pada INNIT. Ianya juga boleh membantu anda meningkatkan trafik blog.
7. Gunakan iklan CPM.