• Twitter
  • Technocrati
  • stumbleupon
  • flickr
  • digg
  • youtube
  • facebook

Adakah Ini Potret?? Gambar BIG Vesion 2

11

Labels:

Simple Framing

5

Labels: ,

Ni contoh simple framing yang saya hasilkan..menggunakan gambar adik-adik angkat semasa program BIG lalu..belajar buat simple framing ni dengan Ustaz Annamir..actually banyak jugak gambar yang telah saya watkan simple framing ni..tengok Flickr saya..selak la entri-entri sebelum ni..ade contohnya..try tgk pic ni..kalu berminat, boleh request tutorial..simple framing tu pada bhgn tepi gambar yang belah bawah tu..abaikan background warna putih..



UPDATE : Akibat kemalasan membuat tutorial wat masa ni..saya nak share tutorial wat framing/shadow dari Ustaz Annamir..KLIK SINI

Gambar BIG Version 1

7

Labels:

Bersama keluarga angkat, keluarga En. Mansor b. Hasan

Rumah keluarga angkatku

Kawan-kawan yang tinggal serumah ketika program anak angkat


Dah Balik Maktab

2

Labels:

Alhamdulillah..akhirnya Program Anak Angkat di Kg. Kasar, Setiu, Terengganu berjalan dengan lancar dan jayanya..sudah tentu 1001 kenangan manis terpahat dalam hati setiap peserta program ini..termasuklah saya..bercadang jugak untuk ke sana dalam waktu terdekat ni..harap ada kelapangan & rezki tu..insyaallah..terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga angkat saya, En. Mansor (abg angkat), Pn. Norhayati (kakak angkat) & anak-anak (Haiqal, Mia, Min, EG)..semoga dapat bertemu lagi nanti..=)

PERASAAN & MOOD TERKINI :

- Gembira : sbb dapat berjumpa dengan keluarga angkat & beramah mesra dengan penduduk kampung
- Sedih : sbb tingalkan keluarga angkat yang baru 3 hari kenal
- Syukur : sbb bertemu keluarga angkat & penduduk kampung yang amat baik
- Insaf : sbb menyelami keperitan hidup masyarakat di Kg. Kasar
- Letih tapi best : sbb buat macam-macam aktiviti yang mendapat sokongan & penglibatan penuh penduduk kampung

Nota Kaki : Gambar-gambar sekitar program anak angkat ini akan diupload pada esok hari akibat keletihan yang melampau..agak malas untuk meng'open' adobe photoshop malam-malam buta ni untuk edit gambar-gambar tu..

B.I.G Hingga 27 Jun

5

Labels:

Esok pukul 7.30 pagi saya & rakan-rakan akan menghadiri program B.I.G (Bina Insan Guru) di Kampung Kasa, Setiu, Terengganu..Program BIG kali ini adalah program anak angkat..terdapat 33 buah keluarga yang menanti kami di sana..setiap keluarga akan menerima 3 orang pelajar institut sendiri..saya & 2 orang lagi rakan akan menetap di rumah En. Mansor..penyerahan anak angkat akan berlangsung pada pukul 11.00 pagi di SK Alor Lik kalau tak silap..

Apa yang diharapkan di sini, kami dapat memberi sedikit khidmat bakti untuk meringankan beban keluarga, memberi sinar kegembiraan kepada mereka, dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain..

Antara aktiviti BIG yang akan dijalankan ialah seperti Bicara Pemimpin, Gotong-royong, Sukaneka dan Masa bersama keluarga angkat..

Melalui program sebegini, saya dan rakan-rakan sudah tentu dapat menyelami sendiri perasaan dan mengetahui cara hidup penduduk Kampung Kasa dengan lebih mendalam..sememangnya kehidupan mereka agak berbeza dengan apa yang saya dan rakan-rakan lalui sekarang..saya kesyukuran yang tidak terhingga perlulah dipanjatkan ke hadrat Illahi atas kurniaan-Nya yang tidak terhingga ini..

Semoga program BIG ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan penglibatan aktif para belia, pelajar institut dan penduduk Kampung Kasa..Insyaallah..

Tension Cari Rumah Sewa

13

Labels:

Salam semua..dah agak lama xupdate blog..biasalah..bz cari umah sewa..mimpi ngeri mase cuti haritu jadi kenyataan..akhirnya, batch sy memang kene keluar dari hostel memandangkan unjuran pelajar PISMP yang bakal mendaftar pada Julai ni meningkat sebanyak 145 orang (dari unjuran asal 200 orang kepada 345 orang)..memandangkan hostel yang agak terhad, pihak maktab mengarahkan batch sy tinggak di luar..asalnya, senior & super senior sy dh keluar sebelum cuti sem haritu..kami pulak baru je tahu lepas naik cuti ni..angin 1 badan jugak..tapi nak wat camne..nasib badan!!

Memang banyak dugaan bagi sy & rakan-rakan nak mencari umah sewa ni..macam-macam kerenah kami jumpe..kat Terengganu ni macam jiran-jiran pun xberapa ambil tahu tentang rumah jiran sebelah yang kosong tu..nak mintak contact no. pun susah..kalu di KL, ade je board kat gate yang tertulis rumah untuk di sewa..kat sini, xde langsung..hurm..ntahla..nak cari rumah yang proper pn susah memandangkan mase yang suntuk..nak kene keluar sebelum 12 Julai..Khamis ni pulak ade Program Anak Angkat kat Setiu (3 hari 2 malam)..so, kene settle kan rumah sewa awal-awal..dah 3 ari cari..tapi belum confirm & masih dalam perbincangan lagi..harap esok dapatla kata putus dari tuan rumah tu..nak jugak rumah yang elok-elok..nanti boleh la g Setiu dengan hati yang tenang..insyaAllah..takut nanti berebut dengan KPLI pulak..dorang pun dah daftar pagi tadi..baik pegi booking dulu..Ya Allah..permudahkanlah urusan kami..AMIN..

RUMAH OH RUMAH...NASIB OH NASIB

Cuti Berakhir..Sedihnye..

9

Labels:

Cuti sem dah berakhir..

Malam ni bas pukul 9 ke Terengganu..

Malasnye..barang-barang xpacking lagi..

Sem baru ni macam-macam dugaan..

Harap-harap Allah permudahkan segala urusan..

Moga-moga dapat jadi guru yang berkualiti..insyaallah..

Seronok juga dapat jumpa kawan-kawan lama..TQ korang!!

Harap dapat menulis di lain masa..

Sungai Gabai, Hulu Langat

14

Labels: ,

Dah lame rasenye xberjumpa kawan-kawan lama..semalam calling-calling dorang & decide nak g Gabai..memandangkan dorang sume duduk area ni..so, dekat je la nak g..saya je la yang kene merantau ke area dorang..kitorang kenal sejak Form 1 lagi..sekarang masing-masing dah futher study, tu yang susah nak jumpa..ade yang kat Sarawak, Terengganu, Pahang..ni pun ade berapa kerat yang pegi..Yan, Min, Wani, Yana, Nana & Aku..yang len2 wat short-course & ade yang medic dah masuk kelas..actually gi sini sekadar untuk cuci-cuci mata & xbercadang pun nak mandi-manda..ape lagi, shoot la kejenye..best..walaupun penat memanjat tangga, tapi puas la dapat tengok view yang menarik..Subhanallah..Sungai Gabai ni ade 3 peringkat..paling bawah, tengah & atas..kitorang pegi bawah & tengah je..xlarat la nak panjat tangga..sume ade 330++ anak tangga kalu xsilap baru smpai ke puncak sungai tu..pengalaman kitorang semalam, mase on da way nak masuk Gabai, kete dihalang oleh puluhan ekor kambing, tu yang jadi lambat smpai ke lokasi..huhu..kambing tu xnk ketepi langsung..degil la tu..sian tengok tuan die..terjerit sorang-sorang..lepas puas jalan-jalan kitorang g makan ABC & rojak..sedap!! trip arini nak g PUTRAJAYA..mujur ade member yang dah pindah sana..leh la die jadi tourist guide kitorang..kekadang sesat gak kat Putrajaya tu..nak g Alamanda je yang tau nye..haha..harap-harap dapat shoot dekat masjid & jambatan Putrajaya tu..selalu tengok gmba kawan-kawan Flickr je..arini nak jugak shoot sendiri..doakan saya balik dengan GAMBA-GAMBA BEST!! hehe..

Air Terjun Sungai Gabai




*BOKEH TRIAL
*

Kulat di tepi-tepi kayu


Buah yang aku xkenal



*CLOSE UP TRIAL*

Ulat Bulu


K.A.M.I

Nota Kaki : Malasnye nak balik Ganu esok..nak jalan-jalan lagi..sebab baru je ade Myvi..xpuas-xpuas lagi..waaaa:(

Ronda-ronda Kuala Lumpur

21

Labels: ,

Semalam..pegi ronda-ronda KL ngan adik..actually, hala tuju utamanya hanya ke Lowyat je..nak beli external HDD..sebab yang lame tu dah penuh sangat..maklumlah 160GB je & hard core download movies..mase g Lowyat tu ade gak survey-survey Canon 450D..macam mahal jugak..sebab ade kawan beli kat Sunway Piramid RM2699 je ngan kit yang sama..ntahlah..saje je survey, duitnye belum ade lagi..licin sudah..ZERO..Myvi punya pasal..kenalah kumpul duit balik..adeh..sesambil ronda-ronda tu sempat jugak la snap gmba sket untuk tatapan pengunjung blog ni..LAYANNN..

Pemandangan di Times Square



Stesen LRT Hang Tuah | 1ST TRIAL LOW SHUTTER SPEED


On da way to LRT Hang Tuah dari Puduraya



Plaza Lowyat & External HDD yang dibeli



Nota Kaki : Sesape yang dah lame tak menjejakkan kaki kat KL tu leh la mengimbau sejarah silam anda..hehehe..lagi 1, kalau korang tau katne tempat best untuk beli DSLR, gtau eh..TQVM..

Memasang Favicon Pada Adress Bar

10

Labels:

Tutorial ini telah di request oleh Sudubesi..

Favicon ialah icon kecil yang terdapat pada address bar sesebuah blog..contohnya, anda boleh lihat di address bar blog saya..Ia biasanya berukuran 16x16px..

Ok..sekarang kita lihat tutorialnya..

Cara memasang favicon :

1. Log in to blogger
2. Klik layout
3. Klik edit HTML
4. Cari kod ni

atau nk lebih mudah, CTRL+F & paste coding (untuk mencari dengan cepat)
5. Letak kod ni dibawah kod tadi


Akan jadi macam ni..


Nota Kaki : Gantikan url pada langkah 5 [http://dl2.glitter-graphics.net/pub/51/51082b97w96e86g.gif] kepada url Favicon anda sendiri..

Cara Mudah Membuat Header Blog

7

Labels:

Actually, sebelum ni saya mengalami masalah untuk buat header..size header jadi x fit dengan yang asal..oleh sebab tu, saya nk kongsi sket tutorial untuk buat header blog gaya Luth..Kenapa gaya Luth?? Sebab saya pelajari tutorial ni kat blog dia & atas kebenaran utk paparkan kat sini..

Langkah 1 :
Kenal pasti header blog anda.. Jika template yang anda pilih tu mempunyai default header, lagi bagus.. Senang sikit nak edit..

Langkah 2 :
View image dan save image to computer. Dengan ini, header asal dapat disimpan dan diedit.

Langkah 3 :
Open image di Adobe Photoshop

Langkah 4 :
Tekan CTL + A dan tekan DEL untuk delete gambar asal pada header tersebut.
Kemudian, hiasilah header tersebut mengikut selera anda.

Langkah 5 :
Bila dah siap, host kan image anda di Imageshck, Photobucket dan lain-lain.

Langkah 6 :
Pergi ke EDIT HTML dan cari url header yang asal.
Kemudian, gantikan link URL yang asal dengan URL header yang baru.
Setelah selesai, SAVE TEMPLATE dan REFRESH BLOG anda. SIAP!!

Banner Dah Siap - Jom Tukar Link!!

15

Labels:

At last, banner blog Lensa dan Foto siap jugak..banner ni sangat simple memandangkan kesuntukan waktu yang dialami minggu ni..arghh!!!

Pada sesiapa yang belum link blog ni / dah link tapi xupload banner lagi, harap anda dapatlah copy code & letakkan pada blog anda (sebagai tanda SETIAKAWAN..hehe)

Code banner ada di sidebar sebelah kanan ada..scroll sket ke bawah..

Inilah rupa banner yang xseberapa tu..
Pasni nak siap-siap pegi rumah maklong..spupu ku kawin jugak akhirnya..Alhamdulillah..


My New Ride - Myvi

7

Labels:

Thanks abah & mak..(gamba kemudian..he3)

Ade kete sendiri leh la shoot foto-foto yang best..minggu ni xsempat nk g shoot lagi coz spupu kawin..INSYAALLAH minggu depn ade kesempatan kot..harap sangat sebelum balik ganu Jumaat nih..Tapi balik nanti xbawak kete g..kalau lepas ni xduduk hostel, baru bawak..bajet nk bawak awal tahun sebab nak guna untuk praktikal..tetibe dengar desas-desus suh kua hostel lak..tu yang bertukar planning tu..papehal balik ganu dulu kasi confirm macam mane..=)

Turn Your Desktop in 360 Degrees

11

Labels:

Ni kire menyimpang sket daripada fotografi..hehe..actually, software ni agak menarik & dah dicuba pun..jumpe mase jalan-jalan kat Syok..CUBALAH & JANGAN LUPA KOMEN..

Ni details tentang software ni..

360 Desktop is a virtual desktop application that creates a "panoramic workspace" extending across multiple screens. It behaves as a scrollable desktop where you could travel from one side and into the other. It also introduces the ability to embed widgets on the new desktop that clip content off the web such as RSS feeds and videos.

Imagine a desktop environment that is spread across multiple screens consisting of a single, panoramic wallpaper image, and where you can scroll smoothly across the new desktop and place both icons and applications anywhere you like.

360 Desktop tries to deliver exactly this with some success. It provides a never-ending desktop that scrolls smoothly and creates the feeling of an expansive workspace with a lot of space for your windows, apps, and icons.


Ni ade screenshot sket..




Screenshot desktop aku...


Download

Lepas install..anda boleh download widget daripada 360 Degree's Gallery..KLIK SINI

Apa Itu Shutter Speed??

13

Labels:

Shutter speed bermakna sebanyak mana cahaya memasuki kamera mengikut kadar masa atau kelajuannya. Kelajuan yg pantas akan membenarkan sedikit cahaya memasuki kamera dan boleh memberhentikan atau mengkakukan sesuatu pergerakan. Kelajuan yang lemah atau kurang, akan mendedahkan lebih banyak cahaya. Tapi ia tidak sesuai utk mengkakukan sesuatu pergerakan kerana kelajuan itu akan mengaburkan pergerakan objek tersebut.

Sekiranya anda mahu memberhentikan larian seorang atlet, penunggang basikal atau apa saja objek yg bergerak, gunakan kelajuan yg pantas atau tinggi seperti 1/500 atau 1/1000 saat. Kelajuan pantas sebegini juga boleh membekukan percikan air atau kereta F1 di atas trek. Sebaliknya jika mahukan kesan khas pada gambar anda, gunakan kelajuan yg rendah seperti 1/50 atau 1/30 dan seterusnya. Kelajuan perlahan juga sesuai utk melakukan kaedah "panning", dengan mengambil gambar mengikut arah pergerakan subjek. Ia juga sesuai untuk mengambil gambar di waktu senja atau malam.

Namun berhati hati ketika memilih shutter speed ini. Jika kelajuan shutter yang anda guna terlalu rendah, gambar anda akan menjadi blur. Ini kerana berlaku gegaran semasa anda mengambil gambar. Setegap mana pun anda, gegaran tetap akan ada. Lebih lebih lagi bila anda menggunakan shutter yang terlampau rendah seperti 1/10.

Standard yang dipersetujui untuk shutter speed adalah:

1/8000 s
1/4000 s
1/2000 s
1/1000 s
1/500 s
1/250 s
1/125 s
1/60 s
1/30 s
1/15 s
1/8 s
1/4 s
1/2 s
1 s
B (for bulb) — akan membuka shutter selagi anda menekan butang ambik gambar tu.

CONTOH GAMBAR

Slow Shutter Speed



Fast Shutter Speed



CREDIT TO :
http://rahsiafotografi.blogspot.com/2006/07/apa-itu-shutter-speed.html
http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=63376
http://digital-photography-school.com/shutter-speed

Original Key Kaspersky 2009 For Sale

10

Labels:


Salam semua..

Saya ade menjual key original Kaspersky Antivirus & Kaspersky Internet Security 2009 (1 tahun)

1.Emel / PM saya jika anda ingin membeli lesen tersebut (KAV2009 atau KIS 2009).

2.Buat pembayaran.

3.Saya akan hantar key & link download ke emel anda.

4.Aktifkan key tersebut dan anda akan mendapat protection selama 1 tahun dari Kaspersky.

PERBEZAAN KAV & KIS :
http://www.kaspersky.com/compare

CARA NAK ACTIVATE :
Akan dihantar melalui emel anda

HARGA :
KAV 2009 - RM15
KIS 2009 - RM25

HUBUNGI SAYA :
Emel / YM : chessmily_gurl@yahoo.com

CARA PEMBAYARAN :
Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank
Akaun : Norfahira Fauzi
No. Akaun : 162384812597

MESTI INGAT :
*Gunakan 1 key untuk 1 komputer sahaja.
*Save key anda, boleh diguna setelah komputer diformat semula.
*Anda akan mendapat update terkini dari Kaspersky, bukan seperti key [lanun]
*Kalu beli lebih dari 5, leh diskaun lagi..

~telah menjual beratus-ratus key di forum Putera dan Carigold

How To Make Mini Car

15

Labels:

Step 1


Step 2


Step 3


Step 4


Step 5


Step 6

Mari Berkenalan Dengan ' BOKEH '

15

Labels:

'BOKEH' merupakan satu perkataan dari Bahasa Jepun yang bermaksud blur atau out-of-focus. Biasanya bokeh terletak pada background sebab nak fokus subjek pada foreground. Bokeh yang cantik akan menjadikan sesuatu gambar itu sangat menarik.

Orang kata "lagi banyak bokeh, lagi wokeh!!"


Ni details dari Internet..memang usefull untuk NEWBIE sepertiku..

WHAT IS BOKEH?

Bokeh describes the rendition of out-of-focus points of light.

Bokeh is different from sharpness. Sharpness is what happens at the point of best focus. Bokeh is what happens away from the point of best focus.

Bokeh describes the appearance or "feel" of out-of-focus backgrounds and foregrounds.

Differing amounts of spherical aberration alter how lenses render out-of-focus points of light, and thus their bokeh. The word "bokeh" comes from the Japanese word "boke" (pronounced bo-keh) which literally means fuzziness or dizziness.

A technically perfect lens has no spherical aberration. Therefore a perfect lens focuses all points of light as cones of light behind the lens. The image is in focus if the film is exactly where the cone reaches its finest point. The better the lens, the tinier this point gets.

If the film is not exactly where that cone of light reaches its smallest point, then that point of the image is not in focus. Then that point is rendered on film as a disk of light, instead instead of as a point. This disc is also called the "blur circle," or "circle of confusion" by people calculating depth-of-field charts. In a lens with no spherical aberration this blur circle is an evenly illuminated disc. Out of focus points all look like perfect discs with sharp edges. (OK, at smaller apertures where the image is in pretty good focus you may see additional "Airy" rings around the circle, but that's a diffraction pattern we're not discussing here.) This isn't optimal for bokeh, since as you can imagine the sharp edge of these discs can start to give definition to things intended to be out-of-focus.

There are no perfect lenses, so one usually does not see these perfect discs.

Real lenses have some degree of spherical aberration. This means that in practice, even though all the light coming through the lens from a point on the subject may meet at a nice, tiny point on the film, that the light distribution within the cone itself may be uneven. Yes, we are getting abstract here, which is why some denser photographers refuse to try understand bokeh.

Illustrations

Spherical aberration means that the discs made by out-of-focus points on the subject will not be evenly illuminated. Instead they tend to have more of the light collect in the middle of the disc or towards the edges. Here are some illustrations:




Fig. 1. Poor Bokeh. This is a greatly magnified blur circle showing very poor bokeh. Note how the edge is sharply defined and even emphasized for a point that is supposed to be out-of-focus, and that the center is dim.



Fig 2. Neutral Bokeh. This is a a technically perfect and evenly illuminated blur circle. This isn't good either for bokeh, because the edge is still well defined. Out-of-focus objects, either points of light or lines, can effectively create reasonably sharp lines in the image due to the edges of the sharp blur circle. This is the blur circle from most modern lenses designed to be "perfect."



Fig. 3. Good Bokeh. Here is what we want. This is great for bokeh since the edge is completely undefined. This also is the result of the same spherical aberration, but in the opposite direction, of the poor example seen in Fig. 1. This is where art and engineering start to diverge, since the better looking image is the result of an imperfection. Perfect bokeh demands a Gaussian blur circle distribution, and lenses are designed for the neutral example shown in 2.) above

CONTOH-CONTOH FOTO YANG BER'BOKEH'




p/s: Kalau ade otai2 fotografi kat sini..nak tanye..DOF dengan BOKEH sama atau berbeza??

Rule Of Thirds

7

Labels:

Rule of thirds merupakan prinsip fotografi yang paling popular.

Ianya merupakan prinsip pertama yang harus dipelajari oleh fotografer baru untuk menghasilkan sebuah foto yang menarik dan seimbang.

Apa itu Rule of Thirds?

Prinsip asas rule of thirds ialah dengan membahagikan sebuah gambar menjadi tiga (baik horizontal mahupun vertikal) sehingga kita memiliki 9 bahagian.



Kebanyakan kamera moden memiliki fungsi yang dapat membantu anda membahagi gambar tersebut dan ada juga yang tidak memilikinya. Hal ini bukanlah satu masalah besar kerana anda boleh membayangkan sendiri garis-garis tersebut semasa mengambil gambar.

Dengan garis-garis ini, anda dapat melihat empat titik yang merupakan sempadan antara garis-garis tersebut. Di titik-titik inilah sebaik-baiknya anda menempatkan subjek yang anda ingini.



Apabila anda menempatkan subjek pada pusat perhatian (point of interest) pada salah satu titik tadi, foto anda akan menjadi lebih seimbang dan menarik.

Perkara yang perlu diberi perhatikan semasa menggunakan prinsip rule of thirds ialah:

- Apa yang menjadi pusat perhatian (point of interest) gambar anda
- Di mana anda akan meletakkannya





p/s: sebelum mengetahui tentang ROT ini, saya hanya mementingkan 'center' ketika mengambil gambar, tetapi setelah mempelajarinya, teknik fotografi saya menjadi lebih baik..


SELAMAT BERFOTOGRAFI

Cara Mudah Membuat Watermark

13

Labels:

Ini tutorial pertama saya menggunakan software Camstudio2.0
KOMEN YANG MEMBINA AMATLAH DIHARAPKAN


Tutorial ini akan menerangkan langkah-langkah bagaimana untuk menghasilkan watermark pada foto anda dalam bentuk brush

Lihat video di bawah dan ikuti langkah mudah untuk menghasilkan watermark dalam bentuk brush tersebut


~ Brush yang telah siap akan disimpan dalam folder brush
~ Lihat video dibawah untuk meletakkan watermark tersebut pada foto
~Opacity(kecerahan/kegalapan) watermark boleh diubah mengikut citarasa dan kesesuaian foto itu sendiri


INGIN MENDOWNLOAD TUTORIAL TERSEBUT ?? KLIK LINK DIBAWAH...


CARA MENDOWNLOAD...
1) Anda boleh mendownload terus dari Youtube dengan sekali klik pada link
2) Copy link pada adress bar..tukarkan 'youtube' kepada 'voobys' dan ENTER..kemudian DOWNLOAD seperti biasa...


SELAMAT MENCUBA..JANGAN LUPA KOMEN!!!

Foto Hari Ini - Athirah Balqis: Merintih padaMu Ya Allah

0

Labels:

Selepas sentuhan Photoshop CS3
Sebelum sentuhan Photoshop CS3

Image Hosted by ImageShack.us



♥ Puteri kedua pasangan En. Mohd. Harif & Pn. Nomazita..♥
Anak jiranku..yang menjadi peneman setia mak & abah semasa ketiadaan kami adik beradik (masing2 study di Terengganu & Pulau Pinang)..tq Tirah..dh jadi mcm anak angkat mak & abah pun..gi mane2 bwk jugak si Tirah ni..=)


Title : Athirah Balqis: Merintih padaMu Ya Allah
Location : Dalam rumahku
Time & Date : 4.59am ~ 2nd June 2009
Camera : Canon Ixus 70
Setting : Manual ~ ISO auto
Photoshop CS3: Picture editing, framing & watermark


p/s: sebenarnye arini cadang nk upload video tutorial untuk wat watermark, tapi ade problem sket..kne tangguh dulu hajat tu..harap bersabar ye kawan-kawan..PEACE!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...